Wednesday, April 28, 2010

thank you...

"every night and every day...never forget to say lailahaillallah"

terima kasih ya Allah... pagi-pagi ini teringat setiap orang yang muncul dalam hidup aku. keluarga yang sangat aku sayang, dan sahabat-sahabat yang sangat memberi makna dalam hidup ini. terasa semuanya indah dengan senyuman bersama orang yang ditentukan Allah dalam hidup ini.

"selama ini ku mencari-cari, teman yang sejati buat menemani perjuangan suci..."

sebuah lagu yang boleh buat aku tersenyum gembira. perasaan yang datang dari kisah yang aku lalui dengan manusia yang bergelar teman. mungkin tiada perjuangan, tapi aku ibarat hidup memang satu perjuangan. mungkin waktu kecik-kecik semua ni tak terasa, tapi bila besar ni rasa sangat manusia di sekeliling ni penting.

sayang kau semua...
banyak sangat nama kalau nak di tulis kat sini. tapi semua ada dalam hati =)
terima kasih semua...
terima kasih ya Allah...

Tuesday, April 27, 2010

gembira tak???

jangan kau abaikan hati yang gembira,
kerana ia tak boleh di tukar ganti dengan ketawa, biar wajah tak sempat nak mengungkap, tapi hati tenang sentiasa.

jangan kau pernah abaikan gembira,
kerana itu semua bahagia yang katanya sejenak, tapi siapa yang tak mahu walau sejenak bahagia.

jangan kau biar rasa gembira,
kerana itu nikmat yang tak terkira, biar katanya bahagia boleh di cipta, tapi tak mungkin ada tanpa anugerah yang Esa.

jangan kau cuba nafi gembira,
kerana itu menikam jiwa, siapa yang rasa kalau bukan diri yang akan merana.

jangan kau mainkan gembira,
kerana ia boleh pergi tanpa kata, sampai nanti dia bukan bahagia.

jangan kau kata tiada gembira,
kerana hati ini ada pedomannya, hanya kita tak mampu mengungkapnya, bila tiada baru lah terasa.

kau carilah gembira, nikmat Allah yang Maha Esa....

Sunday, April 25, 2010

rasa

gembiranya saya.
sakitnya hati.
suramnya jiwa.
sayunya diri.

hidup ini.
laluan itu.
jalan ini.
takdir itu.

sayang dia.
cinta dia.
suka dia.
kasih dia.

benci dia.
menyampah dia.
lupakan dia.
biarkan dia.

tunggu saya.
lepas saya.
lupa saya.
doa saya.

sekolah saya kat rumah

"bangun, pergi sekolah" kata-kata yang setiap hari aku dengar tapi aku tak pernah rasa nak pergi sekolah. "huhuhu...nak menangis la" selalu yang ada dalam hati aku. hati langsung tak ada untuk pergi sekolah. tapi pagi hari mesti aku bangun dan terus mandi tapi dengan pergerakan yang sangat perlahan, macam siput. nanti baju aku pun menunggu untuk dipakai aku. "huhuhu...tak nak sekolah..." mulalah aku menangis sedikit. "pergi sekolah .." ayat ini tak pernah tak ada setiap pagi. aku pun berjalan, berjalan perlahan dan terus perlahan. aku nak jam berjalan laju dan menunjukkan pkul 7.40pagi, supaya aku tak yah pergi sekolah. tapi perlahan aku jalan sama lah perlahan jam berjalan. "huuhuuhuu..." aku pun nangis. tak nak sekolah, tak nak! tapi aku mesti terpaksa pergi juga, sebab kene marah..hahaha. begitulah setiap pagi untuk orang tak nak sekolah... aku (=...

siapakah aku

mungkin yang diberi dihadapan xterlihat yang dibelakang. siapa aku pada pandangan manusia lain. mereka akan menilai ikut suka hatinya lah. kadang-kadang tak patut atau tak boleh pon di nilai tapi manusia memang tetap akan memandang. aku bukan seperti itu. aku yang kata begitu. bila aku jelaskan hilanglah nilaian tu. sebab aku awak nilai sebab tak menjelaskan...

memang kita tak sama...
menilai lah, aku pon memang bercita-cita nak jadi penilai(valuer)...
tapi tak nak la menilai manusia, tak berbaloi...

Saturday, April 24, 2010

andai takdir terungkai...


rumah yang penuh dengan hari-hari gembira dengan lahirnya si bucuk didit. seorang budak lelaki yang melalui detik pertama hidup bersama ayah yang menanti dari khabar wujudnya dia. apalah akan terjadi seterusnya... tiada ingin mengatakan siapa salah dan betulnya, hanya memikirkan hidup seorang insan di bumi yang memerlukan kasih sayang yang tulus abadi dari mana datangnya dia. Omma..atok.. sayang kamu dengan ikhlasnya hati, apatah lagi abah kamu..sayang kamu sepenuh hati.

tempat manakah untuk kamu???
tiada jawapan pasti kerana semua tahu dia umpama kain putih yang perlu di warna-warnikan dengan sempurna dari kasih hati. tiada siapa di sini tidak memikirkan kamu...

mungkin hati si kecil itu merasa apa yang kita si besar tahu. mungkin tangisan tidur adalah tangisan di mimpi yang di beri lantaran hidup di alam nyata ini. yang melihat tertanya dan memikirkan apa yang bakal terjadi. janganlah begini, janganlah begitu. tapi harus menerima semua takdir indah susunan Illahi nanti.

setiap doa yang tersebut juga serpihan takdir yang Maha Tahu. pengharapan kami hanya pada-Nya. kasih sayang yang ada untuk si kecik bukan untuk kepentingan diri. segalanya kerana rintihan hati yang terjadi ekoran manusia yang tidak mahu memahami dan tidak memberi dan berkongsi apa yang harus, apatah lagi melaksanakan apa yang dipertanggungjawap olehnya.

sanggup hati seorang ayah untuk kamu...
mesti sayu bile kamu mengerti nanti...
siapa diri kamu hanya abah yang tahu...
tangis kamu berjumpa benar di mimpi agaknya...

takdir tak pernah terungkai sebelum ia terjadi. doa terlafaz bagi menyejuk hati dan pintaan hamba pada yang Satu... tapi ia kembali bertanya dan berserah pada yang Maha Tahu. ini yang kami pinta..berilah jakan, mudahkanlah jalan... di hati dalam jua berkata, "namun Kau yang Maha Tahu di mana dan apa jalan yang terbaik untuk segala ini.."

OMMA, "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau yang Maha Besar, yang Maha Agung... lindungilah kami.. peliharalah kami... Ya Allah, aku mahu ikut abah ku... omma ku... atok ku..." amin

kalau itu yang di kata pilihan

jika kau masih...

Hidup ini penuh dengan pilihan, pilih yang mana baik atau yang mana buruk.

"kalau kau sudah tidak mahu memilih, aku lah orang yang kau pilih. Kalau di hati ingin lagi memilih, kita tak payahlah ada apa-apa".

dalam keadaan aku yang tak tahu apa yang harus dipilih, kata-kata inilah yang aku ucapkan. kerana ia juga datangnya dari hati. inilah pilihan aku. memilih untuk menerima apa yang orang lain pilih.

Aku bukan tak sedar apa yang aku buat. Kau yang menjawab mungkin lagi sedar dari aku. tapi kenapa kau seperti tiada pilihan.

Dan sekarang kau memilih apa yang mahu.

Mengapa apa yang di buat, di lafaz, di zahir itu tak sama dengan apa yang akhirnya di pilih?
adakah kerana hak hati yang tidak memikirkan hati yang lain?

Kau yang bertanya dan mencipta sebuah pilihan, tapi kau yang memberi jawapan. Atau senangnya, kau lah yang membuat pilihan.

Semua orang berhak memilih, tapi tak semestinya kita layak memikirkan hak sampai kita langsung tak peduli kehidupan sebenar dan mementingkan diri.

Kita yang mahukan sesuatu yang akan dicari di abadi tak perlulah keliru dengan apa yang di cari.

Kau berubah dan tidak pernah kata yang kau berubah. Pilihan kau adalah dengan diri kau semata mata.

Sememangnya pilihan itu kabur semata, kerana hanya Maha mengerti yang jelas dengan apa yang tersirat di segala detik nan jauh di dunia ini.

Hidup bukan sekadar untuk mati dan terhenti. Kita adalah apa yang kita pilih.

jika hati berbalik pada hati semula


kau pejam dan bila aku nampak,
kau kata aku ada,
aku tahu kau ada,
owh..kau rupanya...

kau sayukah???? kau kata,
sedangkan aku tahu kau yang sayu,
aku kah yang tersalah,
mengapa hati tak pernah terasa,

kau tak ada tapi aku ada,
aku tahu kau tak salah,
tapi tak akan hati nak mengaku,
kau yang tak nampak,

bukan aku....

hati yang tahu, tapi janganlah kau mainkan hati. kalau kau tak nampak tapi dapat merasa apa yang berlaku janganlah di biarkan semua berlalu dan pergi. yang nampak tak semestinya memahami kerana semua tidak pernah jelas tanpa hati.

tak guna lah yang jelas tanpa benar yang ada di hati. tak guna juga, hati yang selalu terasa tanpa apa yang jelas di depan mata. kalau kita sendiri tanya hati, jauh mana jawaban boleh di beri???

blog bagaikan diari


Dengan ada hati yang timbul hari ini, aku rase nak ada blog. tapi semua bermula kerana sebuah perkataan "diari". tak tahu la apa motif semua ini, tapi dalam masa yang sama sangat mengharap
rye, ejah dan fiza ada blog. aku nak korang ada!!!

kerana ini mulanya...
belum ada apa nak kata
...
selamat ...tinggal