Monday, May 10, 2010

ceritera cinta

satu hari...
n: aku suke kau.
s: kau ni nape. hahaha. lawak je kau suke aku.

5bulan berlalu...
n: aku cinte kau.
s: aku tak cinta kau.

continue...
n: dun wory, aku ok je, tak kisah lah.
s: aku suke orang lain, tapi orang tu xsuke aku

sebulan mendatang...
n: luv u.
s: nthla aku xtau.

beberapa hari...
s: kalau kau masih nak memilih, kite kawan aje. lau x we'll be together,
aku suke kau
n: mcmane kau boleh suke aku?
s: xtaula. (dalam hati..biala aku je tau)

2minggu kemudian...
n: kalau aku tinggalkan kau, kau mesti kecewe gile...haha
s: kau ni nape, da xbetul eh

hurmmm...
n: kau da tau aku xsuke series kau xboleh faham ke.
s: haisss..melampaula kau.

then...
n: kau pergila dgn care hidup kau.
s: nape kau ni.

n: aku dah berubah hati.
s: pergilah kau.

sebulan...
n: luv u. tp kite kwn je
s: ok, no need to tell

sebenarnya aku sayang kau dari dulu, tapi kau je yang xtau. lastly, i need u tapi semuenye dah berakhir. tak ape lah awak, mungkin ini yang terbaik.

"when Allah blesses us with someone that we love, we forget that Allah is the sources of that blessing and we begin to love that person as we should love Allah."

p/s: xde kaitan dengan yang hidup atau yang sudah tiada..hehe

Sunday, May 09, 2010

dalam telapak hati kau dan aku


dalam telapak hati kau

kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.

dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.

sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?

Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?

Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".

(zahiril adzim)

aku baca banyak kali apa yang dia tulis ni. bukan susah nak faham tapi susah nak mengerti.. sebab tu aku ambik jadikan khazanah kat blog aku ni. (aku da mintak izin der..hehe..dia kate "boleh!"..gembira aku..ngee =))

kadang-kadang hati memang sungguh gembira tanpa tujuan dan hakikat.

baru tadi aku gembira bukan main gila...kerana artis, memang tak boleh blah, tapi apa salahnya dari memikirkan manusia yang menyakitkan hati kita, lebih baik sukakan artis yang tidak buat kita terasa. dia juga manusia bukan chicken. hahahaha.. kalau hari ini aku pilih zahiril adzim mungkin esok boleh jadi aku suka shein@adam. senangnya hati aku suka-suka hati pilih memilih. ngeeee =)

aku dah habis periksa semester 2. banyaknya laluan payah semester ini. tak payah di kenang tapi jadi pedoman dan pengajaran. aku malas sekolah la awak. bukan calang-calang malas aku, tapi malas bodoh buat apa nak di ikutkan, ye tidak? aku terus belajar dan belajar.

cerita balik pasal zahiril adzim. cerita sang bidadari impian. "bukan semua bidadari menjanjikan kebahagiaan. bidadari yang kita fikirkan, lain-lain",katanya. aku nak faham tapi tak faham. dia harap seseorang agaknya. kau carilah bidadari itu ya zahiril, yang baik hati yang sayang kamu. semua orang harap sama sahaja. dan aku mengharap putera raja impian dan juga aku menunggu. hahaha, semua mahkluk bercinta kerana hati ada. biasalah, itu lumrah...

aku tulis tajuk yang di adaptasi dari tajuk puisi dia. aku tambah "..dan aku" sebab aku mengandaikan segalanya sama bagi semua. kau ada cinta, aku ada juga. kau derita, aku juga. cuma watak bukan kita yang reka, ia susunan Illahi. kalau kau cintakan aku, aku tidak cintakan , tapi yang pasti aku cintakan seseorang yang lain.

"singgahsana yang berbeza tapi dari batu yang sama untuk membinanya."


Saturday, May 08, 2010

yang terindah














semenjak kau hadir dalam hidup ku
tiada lagi keresahan
kau mengetuk pintu hati
tanpa sedar hingga ku izinkan

kau yang bernama cinta
kau yang memberi rasa
kau yang mengilhamkan bahagia
hingga ku merasa indah

maaf jika ku tidak sempurna jika bahagia mula menjelma
bila keyakinan datang merasa kasih di salut dengan kejujuran
mencintaimu dirimu, merindui dirimu
memiliki dirimu hingga akhir hayat bersama kamu

kau yang bernama cinta
hingga aku merasa indah

p/s: i like this song, and if u......