Wednesday, July 13, 2011

bahagia di mata hatiku

.....bukan lagi yang ingin sesuatu yang nampak cantik dan gah. membaca hati bukanlah mudah. pilihan-pilihan hidup bukan sekadar yang ada dihadapan mata. ia mungkin akan terus mengejar kita untuk menilai mana yang terbaik dan selebihnya pasrah pada yang Esa. pasrah itu pasti.

memiliki segalanya di mata kita sendiri itu penting. dan semua keinginan yang merasuk jiwa perlulah di cari dengan niat yang baik. jika itu takdir milikanmu ia tetap akan menjadi milikmu. jika kita menginginkan pangkat, darjat, harta dan kemewahan semua boleh di kejar dan di cari. andai itu milik kita, itulah nanti laluannye InshaAllah. apa yang penting, kebahagian hati yang abadi.

bukan membujuk hati untuk menerima tapi diri ini sedar kebahagian bukan dinilai dari mata yang dianugerahkan ini sahaja. mata hanyalah medium penghantar antara kita dan bumi indah, yang menilai dan merasai hanyalah mata hati yang terdalam dengan sedar atau tanpa sedar.

biarlah apa yang aku ada sekadar apa yang tidak dipandang dan sederhana di mata manusia lain tapi ianya adalah sememangnya milikku di dunia ini dan kerana milikan itu aku berdiri bahagia seadanya. 

Ya Allah, beri aku jalan kembali yang mudah kerana aku tahu ada bahagia dunia dan ada bahagia di akhirat sana. keduanya bukanlah mudah dan keduanya mesti dilalui. 

Ya Allah.. hanya Kau yang mengetahui segalanya...