Monday, February 28, 2011

manusia


tak salah kau memaki keji manusia itu jika itu kehendakmu
tak salah kau memuja muji manusia itu jika itu inginmu
akan di renung kejian dan pujian manusia itu
harap ia tidak mendatangkan apa-apa untuk manusia itu
kerana semua manusia itu bergelar hamba

mungkin jalanan dan ujian atau boleh jadi itu pemberian
tiada manusia itu yang di tinggal tanpa di uji
tiada manusia itu yang menang atau kalah sesama sendiri
jawaban hanya di tangan Tuhan untuk manusia itu

manusia ini hina di mata manusia ini sendiri
manusia ini tahu dosa yang diperlakui
manusia ini akur kalah nafsu keinginan duniawi
manusia ini tetap harap pada pencipta hakiki
manusia ini sedar pada Mu jua tempat kembali

Saturday, February 19, 2011

indahnya jika


kisah hidup jalanan yang panjang.

manusia melalui rentetan hidup yang tak pernah di ketauhi dengan pasti.

aku mencari sesuatu.

memang hidup penuh keinginan tapi tak semua keinginan akan tercapai.

tak semua yang tercapai tu mampu buat kita gembira.

tak semua yang tak tercapai itu akan buat kita berduka.

antara apa yang berlaku menentukan keinginan hati yang paling dalam.

yang mana satu mampu buat kita gembira atau sedih kerananya?

itulah keinginan hati yang tak dapat di ungkap.

hati yang rapuh. jiwa yang hilang pedoman. nurani yang tak pernah mendidik.

hilang arah kerana keinginan hati.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku memiliki hati yang teguh mengingati Allah.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku menembusi hati yang suci mencintai yang wajib di cintai.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku mengisi hati dengan pedoman yang kukuh kerana-Mu,Allah.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku melembutkan hati keras yang menusuk kalbu di jiwa.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku membujuk hati menyembuhkan sakit di dada.

Wednesday, February 09, 2011

kurangkah hati

bagaikan kotak kosong
hiasan hanya luaran
dalam itu milik kau
pilihlah
apa yang kau mahu isi
keinginan kau atau keinginan mereka
caturan terus bermain
hidup
tiada salah antara itu
tidak jelaskah mana yang penting
jangan di isi kotak tanpa hati
jangan di biar hati tanpa kotak

saya, aku, awak, engkau, die, mereke.
aku xtau nape perlu aku tulis ayat2 kat atas tu. tetibe je nak menulis bait2 hati yang aku ungkap begitu. aku menunggu hari (26march2011). harap tuhan permudahkan jalan aku ke situ. aku nak satu hati abadi. mak, abah, wani, umai, bakhtia, idot, adik, hasif.. kasih sayang n cinte yg tak mungkin terhenti.

kurangkah hati kau kila? ~tidak..tetap lagi begitu :)