Showing posts with label aku dan saya. Show all posts
Showing posts with label aku dan saya. Show all posts

Wednesday, April 04, 2012

Hmmmmmm

what to do?
what to be?

aku malas sgt dah nak study. dari dulu lagi aku cume habiskan sisa2 belaja ni seadenya. jawab exam sehendaknye. betul salah aku tak peduli. janji aku mampu untuk wt cm tu, cm tu la aku wt. no more. hmmm. in between tu adelah sahabat yg sgt2 baik. belaja same2, caring n supportive sgt2.. i stand here because Allah give them to me. dan 1thing yg aku baru rase sejak2 besa, hati nurani ibubapa. they make me happy & itu takde tolok bandingnya dan itu sebabnye aku masih berdiri di sini. hmmm. Alhamdullilah.

sekarang aku macam lost gile. ape aku nak. n siape aku suatu hari nnti. (may be sbb nk khwen nye pasal..hahaha). LOST gile.. aku seda keberadaan hakikat rezeki yg tuhan beri.. rahmat Die yg teramatlah luas. dan itu, itu, itu. itulah aku hari ni.. segalanya kerana kasihan dan rahmat Tuhan. tapi sekarang aku sedang takut. takut diri ini xlayak menerimanya lagi untuk perkara yg aku harap dan tak harap tu.. Ya Allah. bukakanlah pintu hati aku... hmmm

aku bahagia. aku nk jadi org yg blh membahgiakan. siape aku nak jadi org gah di bumi ni. siapelah kite nk dipandang manusie. hmmm.. tak perlu kot.. pandangan Allah pade kite sendiri tak terjaga... hmmm.. pening la aku. Final year, final result... lau aku tersalah langkah n tanpa rezeki tuhan aku x kemane. hmmm.. Astagfirullah.. hmmm hmm hmmm..

lembutkanlah hati ini untuk sesuatu yg baik... amin ya Rabb

Monday, January 09, 2012

ayat tengah exam

lepas dah 2subjects exam this sem. tinggal 3 lagi. so far Alhamdulillah. aku dapat wat ape yg sepatutnye aku wat. result tu aku berserah je. semue yg berlaku mesti ade hikmah di sebaliknye. again, kita hanya merancang, tuhan yg akan menentukan.

hopefully my long journey will always with me a person behind, as a guidance. kat mane sahaje, dan sesiape sahaje asalkan orang tersebut adalah seorang yg membimbing dengan sedar atau tanpe sedar akan kewujudan orang tersebut itu. 

this year dah 24thun dah umur saye.. huhuhu.. rase makin bnyk yg aku plan skrg. and against, kite hanye merancang, tuhan yg akan menentukan.. hihihi.. by the way, hope all the happiness around turn to my love life with, iaitu mak dan abah! =) saye mencube yg terbaik utk kamu. 

pusing-pusing-pusing... 'die' plak sentiase dlm hati.. huhuhu.. xkisahla kat mane, mcmane, berape, bagaimane, mengape.. all that questions xpenting dah.. just go with the flow as long as we are always together and meant to be together.. and again, tuhan yang akan menentukan segalanye.. :)

exam! study syakila study. study ok study. =)


Wednesday, November 30, 2011

u could be

i wish something special that encourage me to do what is suppose to.

saye tak faham ape sebenarnya saye rase. hahaha. 

u could be. tapi jangan perasan sangat la kan.

he eh or she is much-much better than me. hehehe

there's no point to think about this not stupid thing.. hahaha

48.. maybe 49, 50, 51 and so on.

napela saye begitu begini. it is kinda wierd ok!

hahaha.. good luck esok. special day for me. tetibe jadi special =)

Saturday, November 05, 2011

Haruslah

Haruslah bagi aku...

Mungkin aku jauh perasaan untuk melupakan apa yang sepatutnya, tapi haruslah bagi aku menghargai. 

Mungkin kau memiliki hati jauh rasa untuk di luahkan seadanya, tapi haruslah bagi aku memahami. 

Mungkin selalunya kesedihan untuk di beri tukar kegembiraan, haruslah bagi aku menerima dan merendah. 

Haruslah bagi aku bersyukur segala yang aku miliki, kerana mungkin aku kurang menghayati. 

Selamat hari raya Aidiladha ;-)

Friday, October 14, 2011

dugaan

Dugaan.......
mana datang dan perginya tidak kelihatan. terlalu berat ya Allah. tidak tertanggung rasanya. tidak kelihatan hujungnya. di manakah ya Allah. tidak aku manusia sempurna. hina dina di mata mu juga manusia. manakah hujung jalannya ya Allah. tidak rasanya layak aku meminta dariMu kerna kehinaanku. namun manakah jalan bagiku selain mengadu padaMu. manakah jalan bagiku ya Allah.manakah duduk hati kosong ini. kenapa aku pilih jalan begini. manakah jalan yg terbaik untukku ya Allah.

(T-T)

Monday, October 03, 2011

hay-pi



Both happiness and sadness do not last forever in this life.

aku gembira seadanya sekarang. cuba untuk tidak mengeluh dan 'setle'kan yang perlu sampai akhir (now mesti habiskan belajar di sekolah tu dengan jayanya..hehe).

aku happy -Alhamdulillah- ade banyak happy-happy. the happiest is "ring-ring". hahaha the second ring. ta nampak lagi. excited gile. (awak la ni..huhu)

aku makin pening fikir pasal ke'serious'an hidup dalam satu relationship. kene lalu one by one. cost-in-use (life cycle cost yang macam note dalam kelas tadi..hehe) untuk lalu satu-satu tu kene fikir baik-baik. aku ni kosong ta de pape ni. huhu

never stop waiting and hoping. God's will everything's gonna be ok =)

aku sentiasa mengharap agar segala-galanya dipermudahkan. -amin-

Wednesday, September 21, 2011

yang mana

tolong saya...
maafkan saya...
terima kasih awak...

apa agaknya yang kita mahu?

mula-mula meminta keinginan hati.
kemudian meminta di hapuskan gundah yang di sebabkan oleh inginan hati.
akhirnya bila di beri pantas menerime.

yang memberi itu kerana kasihnya kepada kite hanya berserah segalanya.

wajarkah ikut keinginan hati?
yang mana satu?

sedih (T_T)

i is....

IF YOU WANT ME

Are you really here or am I dreaming
I can’t tell dreams from truth
For it’s been so long since I have seen you
I can hardly remember your face anymore
When I get really lonely and the distance causes only silence
I think of you smiling with pride in your eyes a lover that sighs
If you want me satisfy me
If you want me satisfy me
Are you really sure that you believe me
When others say I lie
I wonder if you could ever despise me
When you know I really tried
To be a better one to satisfy you for you’re everything to me
And I'll do what you ask me
If you let me be free
If you want me satisfy me
If you want me satisfy me

(Marketa Iglova & Glen Hansard)

sgt-sgt suke lagu ni... denga n denga n denga.
teringin sgt tengok movie die even ta suke na tengok movie sensorang..huhu... 
tHis song sgt susah na di fahami..hmmmm
betul ke that girl agak kejam when she said "if you want me, satisfy me".
ayat tu wat aku terfikir diri aku sendiri.
when i said that girl "kejam", means i is same too.

Saturday, September 17, 2011

maceeeeeeeeeeh

da lame ta menaip naip.. haip haip!.. huhu
sepatutnye taip keje sekolah tapi ta de hati gamaknye..hahaha
baru td aku terbace satu comment yg wt aku terfikir pjg sekejap, duekejap..hmmm
tersengih aku bace..ade unsur lawak di situ.. tpi sape la wt gaye bahase cam tu.. ta pasti ta pasti...
thank you so much =)


"dear syahkilla,
for whatever happened to you in your past, u shall leave it there..
u look at urself as being complicated..well the truth is u r not. u r as simple as 'go stret n don't belok2' kinda person..it just dat u just simply don't wanna move on..u don wanna..don't want to..Nīṅkaḷ virumpavillai...Nǐ bùxiǎng..kamu tak mahu!! (ha'a ye, bahasa cina n tamil mmg gua google translate..fine )....
makanya datang lah 123456 dan mungkin ke-7..dan yg pasti akan ada ke 8910111213141516... * letih aaa cenih * selagi kamu tidak move on..sebab apa kamu masih stuck di situ?, ya makanya kamu bertanya, jwpannya mudah...kamu tidak mahu bergerak..u don't realise that u r actually putting conditions in ur head or somehow u r having a 'benchmark' for 123456 or 7 to achieve or pass..where does this conditions/benchmark comes from? u know exactly where..
well there u go..a simple solution for a simple girl.
agaknya kalu 78910111213141516..ah letih~..tak jugak boleh blah..meh try ngan gua je la..

p/s: gua ske yg comlicated2 je..ada art =)
29 July 2011 21:55"

Tuesday, August 02, 2011

biarlah

buat keje apekah? adus..aku hilang idea membuat benda tu.. arrrrrgh bosan la... nak tanak kene wat gak.. :O nape aku tetiba wat keputusan pelik dari yang selama ni hah.. aku hanya mencari jawapan.. tidak ada sedetik niat untuk menyakiti hati sesiapa.. hmmmm

biarlah takdir yang dipilih adalah satu ketentuan yang baik dunia dan akhirat.. amin ya Allah
aku je yang faham ayat ini.. mungkin..

hari ini 2 Ramadhan,
aku meminta satu jalan abadi yang indah di bulan mulia.. untuk aku dan mungkin manusia disampingku berjalan sepanjang jalan di alam nyata ini..

Wednesday, July 13, 2011

bahagia di mata hatiku

.....bukan lagi yang ingin sesuatu yang nampak cantik dan gah. membaca hati bukanlah mudah. pilihan-pilihan hidup bukan sekadar yang ada dihadapan mata. ia mungkin akan terus mengejar kita untuk menilai mana yang terbaik dan selebihnya pasrah pada yang Esa. pasrah itu pasti.

memiliki segalanya di mata kita sendiri itu penting. dan semua keinginan yang merasuk jiwa perlulah di cari dengan niat yang baik. jika itu takdir milikanmu ia tetap akan menjadi milikmu. jika kita menginginkan pangkat, darjat, harta dan kemewahan semua boleh di kejar dan di cari. andai itu milik kita, itulah nanti laluannye InshaAllah. apa yang penting, kebahagian hati yang abadi.

bukan membujuk hati untuk menerima tapi diri ini sedar kebahagian bukan dinilai dari mata yang dianugerahkan ini sahaja. mata hanyalah medium penghantar antara kita dan bumi indah, yang menilai dan merasai hanyalah mata hati yang terdalam dengan sedar atau tanpa sedar.

biarlah apa yang aku ada sekadar apa yang tidak dipandang dan sederhana di mata manusia lain tapi ianya adalah sememangnya milikku di dunia ini dan kerana milikan itu aku berdiri bahagia seadanya. 

Ya Allah, beri aku jalan kembali yang mudah kerana aku tahu ada bahagia dunia dan ada bahagia di akhirat sana. keduanya bukanlah mudah dan keduanya mesti dilalui. 

Ya Allah.. hanya Kau yang mengetahui segalanya...

Wednesday, June 15, 2011

jalan jalan jalan

mencutikan otak selame 3 hari . . .

hari 1 :
ta dpt nek kete , nek bas je la . first !
----> BTS .
salah je . TBS la . huhuhu~

sampai je terbang
----> shah alam n
----> damansara . rye's house .
----> the curve . park kete sendiri ta ingat . =P

***balik umah rye boleh la tersalah rumah .
nasib baik ade selipa kt lua tu ko ta bwk masuk .
sadis je -.-" .

hari ke 2  :
----> PWTC . sadis gak .
sampai depan pintu je . ta tau cmne na msuk . banyak sgt hall .
fikir-fikir-fikir , jalan-jalan la . hehehe .
berjalan la di kualalalalalumpur tu .
dah selalu sgt drive konon , na la plak nek public trans .

***menjalankan kaki ke mane-mane entah =)

starting point : cari tempat letak kete .
gune la GPS ..
teteteteteteetttt . jumpe la
----> central market =)

okeh ! start jalan kaki ! eventho dlm kepale zero :
----> pasa seni
----> petaling street
----> lalu pudu raya na gi stesen plaza rakyat
----> plaza rakyat
----> salah tren . na gi masjid jamek gi lain plak
----> masjid jamek , tuka tren
----> KLCC

na balik :
KLCC ----> pasa seni
sedih je mase pegi duk pusing2 tuka tren .
rupenye salah pilih station . hangin ~

then ,
----> serdang , kakak wani's house .
sebelum itu makan dulu .
----> kajang . kerane satay punye pasal .

hari ke 3 :
serdang ----> area putrajaye .
kenduri khwin ofismate wani . sesat barat segale .
jalan mcm na gi cameron je rasenye . huhuhu~

balik serdang
----> the mines , na tengok wayang tiket time tu ta de
lepas tu ,
----> putrajaya . 10mnt je kat sini . hahaha

balik dari putrajaya terus balik
----> johor , home sweet home ~

hahahaha . then hari esoknye keje mate layu na mati .. -.-"
best n hepi . 
thank you u u u u . hehehe =)

p/s : tande ----> ade 19 ! so maknenye ade 19 jalan-jalan
hahahaha . mengarut la entry ni .

Monday, June 13, 2011

terima kasih


lebih kurang same dgn cincin di jari aku . hmmmm .
keadaan yang kita lalu berbeza .
pasang surut  arus hidup berbeza .
ini mungkin kenangan .
biarlah semua berlalu pergi .
perjalanan masih panjang .
masing-masing ada bahagianya sendiri .

06/06/2011
terima kasih awak .
saya gembira .

Tuesday, June 07, 2011

it's only a test

you feel a smile on your face,
your heart is at ease , 
your mind is at peace,
and all your worries amount to nothing ,
when you say to yourself ,
" It's only life , it's only a test
. . . . . . .

Monday, May 23, 2011

tapi saya .

yang terbaik bagi saya , adalah menjadi apa yang sudah ada sewaktu dulu .
tapi saya manusia . kehidupan tak ada yang boleh di pastikan jelas seperti di lihat mata saat ini .
saya tahu kesilapan saya . salah menggendong berat hati yang tidak sepatutnya .
tapi saya manusia . kepergian sesuatu yang di ingini menjadi satu lagi harapan yang tak pasti .
saya berlalu dengan angan-angan kosong yang saya cipta kerana hati .
tapi saya manusia . saya tak mampu memberi yang hak sebelum saya tahu mana satu yang abadi .
yang menyusahkan hati sendiri adalah saya . kelebihan dan kekurangan tak pernah di perbandingkan .
tapi saya manusia . saya lupa menolong hidup saya dengan kelebihan untuk menapis kekurangan .
saya manusia . tapi di mana saya ?
dia yang mualaf , cuba membina jalan itu . menampal satu persatu .
dia yang lahir dengan jalan itu , menghakis dan menambah lubang satu persatu .
tapi , saya manusia apa ?

Wednesday, May 18, 2011

GOMEN

PRACTICAL TRAINING .
JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA .
** TA DE LAND OFFICER KAT SINI =)

HEHEHE .. MACAM BEST CAM TA BEST .
TA TAU LA APE GAYE KEJE SAYE NI . HOHO .
1ST DAY , ISNIN HARI TU , TENSEN GILE , SENYUM HATI DLM DERITE , BOSAN NA MATI , TENGOK JAM LAMBAT NA GILE .
BUT TODAY , 2ND DAY , SENYUM JE , RASE GELI HATI .
"SAYE GOMEN" , BE LIKE A GOMEN LA SUDAH .
SO IM HAPPY . HEHEHE =)

BEST APE KEJE GOMEN . COOOOOOL =)

Saturday, April 30, 2011

lebihan hati

mungkin ini bukan yang terakhir atau mungkin dan harap yang terakhir . 
tapi ta di nafikan , manusia selalu salah jangkaan . 
penghapus duka sebenarnya prinsip tegar dalam hidup . 
pengubat lara itu amalan bait-bait pasti yang telah tersedia berabad lama yang menjadi ukiran sepanjang zaman .
tapi ke mana entah pergi semua bila keinginan menusuk dan memakan hati .
sampai tikar itu di biar tanpa rasa bersalah .
agak kebodohan itu di serlahkan sendiri .
kegembiraan ta pernah cukup sama seperti kepuasan yang ta pernah habis di cari .
tapi pasti kesedihan akan mendatang tanpa di minta dan ada yang ta pernah terduga .
jangan pernah berhenti harap , meminta , dan menanti .
pilihnya harap mati , itu sangat melupakan janji .
berabad terus alpa bodoh .

Saturday, March 12, 2011

suke foti eit


sebelum cite tang "foti eit" cite dulu pasal hari sekolah :) ni je cite nye ---> pantai cantik biru bersih, keropok lekor, airport bak istane malaya, ICiTy(ikan celup tepung), resort 7stars yg indah, arfa batik yg mahal, dan sebagainye..
buat pe aku nak terjun laut sbb sakit hati dgn kau?
lebih baik aku dgn 48..haha :)
ehem2..saye nak kawen kt ballroom resort 7stars belakang tu.. bulan december nnti..
selamat datang semue.. haha :)
weh 48! I love U lah.. ----- uweeeeeeeek :P
we're happy family.. hemmmm.nape farizul ni tersesat..huhuhu  :p
warne warne..warne warni.. leh lah gak aku mengaler..huhu :p

5days kt terengganu.. conclusion nye 'best3'. tambah best sebab ade foti eit. hahaha.. xnak ade org tau pasal ni. tapi nak cite gak sebab ni hati baru datang tibe2..hehe.. (mar je tau..ek ek ek??..)

yang paling best sebab mulut maria tu masin! ingatkn die nak celupar psl pe la dlm hutan tu..jap gi psl foti eit..hehehe.. mekasih lah mar. love U more.. hehe.. the last day yg sooo sooo sooo meaningful.. doa ku termakbul. terime kasih Tuhan :)

sangat suke kt "foti eit". INDISPUTABLE!!!!!!!! SANGAT SUKE DIE :)

Monday, February 28, 2011

manusia


tak salah kau memaki keji manusia itu jika itu kehendakmu
tak salah kau memuja muji manusia itu jika itu inginmu
akan di renung kejian dan pujian manusia itu
harap ia tidak mendatangkan apa-apa untuk manusia itu
kerana semua manusia itu bergelar hamba

mungkin jalanan dan ujian atau boleh jadi itu pemberian
tiada manusia itu yang di tinggal tanpa di uji
tiada manusia itu yang menang atau kalah sesama sendiri
jawaban hanya di tangan Tuhan untuk manusia itu

manusia ini hina di mata manusia ini sendiri
manusia ini tahu dosa yang diperlakui
manusia ini akur kalah nafsu keinginan duniawi
manusia ini tetap harap pada pencipta hakiki
manusia ini sedar pada Mu jua tempat kembali

Saturday, February 19, 2011

indahnya jika


kisah hidup jalanan yang panjang.

manusia melalui rentetan hidup yang tak pernah di ketauhi dengan pasti.

aku mencari sesuatu.

memang hidup penuh keinginan tapi tak semua keinginan akan tercapai.

tak semua yang tercapai tu mampu buat kita gembira.

tak semua yang tak tercapai itu akan buat kita berduka.

antara apa yang berlaku menentukan keinginan hati yang paling dalam.

yang mana satu mampu buat kita gembira atau sedih kerananya?

itulah keinginan hati yang tak dapat di ungkap.

hati yang rapuh. jiwa yang hilang pedoman. nurani yang tak pernah mendidik.

hilang arah kerana keinginan hati.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku memiliki hati yang teguh mengingati Allah.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku menembusi hati yang suci mencintai yang wajib di cintai.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku mengisi hati dengan pedoman yang kukuh kerana-Mu,Allah.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku melembutkan hati keras yang menusuk kalbu di jiwa.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku membujuk hati menyembuhkan sakit di dada.