Showing posts with label syurgaku. Show all posts
Showing posts with label syurgaku. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

ayat ini

"satu syarat yang mungkin memberi seribu kebaikan
walau sebaliknya beribu kehinaan"

ayat ini untuk seseorang yang bakal, inshAllah menjadi "seseorang" dalam hidup,
ayat ini memang tak memberi apa-apa jika kita belum hadapi,
ayat ini satu niat yang mungkin menjadi satu permulaan yang baik,
ayat ini diiringi sebaris doa yang sangat diperlukan untuk hati,
ayat ini dimulakan dengan kalimah baik oleh jiwa-jiwa manusia,
ayat ini untuk aku juga.

letaklah "satu syarat" di dalam hati untuk orang yang dikasihi.
yang pasti, syarat yang mewarnai hati nurani =)


p/s: terima kasih kerana menjaga saya,
Muhammad Hafizal Johari <3

Sunday, January 22, 2012

kesempatan itu

hari yang buat aku mengimbau perjalanan hidup yang masih singkat ini. aku di kira masih belum layak mengakui apa ini kehidupan. tapi andai kata umur ini hanya tinggal esok hari. adakah dinihari aku masih tak mampu menilai kehidupan benar dan yang hakiki. mestilah setiap insan mampu pada bila dia berakal dan waras walau siapa pun insan tersebut dan masa waktu itulah dia menjadi dia bersama apa yang digendongnya. betulkah? hmmmm...

aku mengakui siapa diriku dihadapan manusia. tetapi sebaiknya aku mengakui siapa aku untuk diri ini sahaja. aku terlepas, tersandang berkata semua pun sudah berlalu. perbaikilah... cuba tebak jika aku tidak melalui apa yang aku pandang remeh selama ini. siapakah aku? lagi kurang sandangan hidup mungkin. aku mengerti sedikit benar kehidupan yang mengapa ia begitu. tapi aku kalah berjalan lurus menggapainya. hmmmm... resah hati.

"..sebahagian besar hayat kau, telah kau kecapi nikmat itu.."

"..pada hari ini kita dapati barapa banyak kesudahan yang telah kita rentasi. dan kita pun telah melupai sebahagian besar dari doa yang kita sebut.."

aku terkesima dengan kata-kata. sesungguhnya rahmat tuhan teramat luas terlepas dek pandangan manusia yang khilaf ini. aku terus berjalan dinihari terus keakhiran hayat kehidupan untuk aku. aku mengharap redhaMu ya Allah tuhan pemilik sekalian alam dan di antaranya.

adakah ada kesempatan itu bagiku? ya Allah. hanya Kau yang Maha Mengetahui =')

Wednesday, July 13, 2011

bahagia di mata hatiku

.....bukan lagi yang ingin sesuatu yang nampak cantik dan gah. membaca hati bukanlah mudah. pilihan-pilihan hidup bukan sekadar yang ada dihadapan mata. ia mungkin akan terus mengejar kita untuk menilai mana yang terbaik dan selebihnya pasrah pada yang Esa. pasrah itu pasti.

memiliki segalanya di mata kita sendiri itu penting. dan semua keinginan yang merasuk jiwa perlulah di cari dengan niat yang baik. jika itu takdir milikanmu ia tetap akan menjadi milikmu. jika kita menginginkan pangkat, darjat, harta dan kemewahan semua boleh di kejar dan di cari. andai itu milik kita, itulah nanti laluannye InshaAllah. apa yang penting, kebahagian hati yang abadi.

bukan membujuk hati untuk menerima tapi diri ini sedar kebahagian bukan dinilai dari mata yang dianugerahkan ini sahaja. mata hanyalah medium penghantar antara kita dan bumi indah, yang menilai dan merasai hanyalah mata hati yang terdalam dengan sedar atau tanpa sedar.

biarlah apa yang aku ada sekadar apa yang tidak dipandang dan sederhana di mata manusia lain tapi ianya adalah sememangnya milikku di dunia ini dan kerana milikan itu aku berdiri bahagia seadanya. 

Ya Allah, beri aku jalan kembali yang mudah kerana aku tahu ada bahagia dunia dan ada bahagia di akhirat sana. keduanya bukanlah mudah dan keduanya mesti dilalui. 

Ya Allah.. hanya Kau yang mengetahui segalanya...

Friday, May 20, 2011

kalbuku

ta perlu rasenye menangis teruk kerane seorang lelaki .
tapi na kate cmne pun aku penah jadi cm gitu . huuhuuhuu .
ape kejadah nye aku ni . ta mampu mem'pasrah'kan kehidupan dengan baik .
1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 sudah . yang ke-7 kot . hahahahaha .
maknenye "kalbuku" : tapelah , aku cube . cari je . ta de maknenye pun ta pe .
jauh sangat aku pandang . tapi jauh di sane buat aku tersenyum .
entah mahluk name apekah kali yg ke-7 .
maknenye kalbuku , hohoho , napela aku ni . ta habis-habis .
maknenye , "KALBUKU"

Friday, March 25, 2011

detik 1hari saje lagi :)

kesibukan ini buat aku nak membuku sesuatu..
hehehe :)
im happy! sangat amat happy..
packing barang2, sibuk siapkan keje sekolah, 
fikirkan groupmate yang akan di tinggalkan..
serbe salah, hmmm..dun worry.. 
i'll always pray for our excellent result till the end ;)
tinggal satu hari je lagi..
semua perasaan datang hari ni.
hari ni baru nak wt semue, mmg sgt terase..
lain sgt dari yang aku bayangkan. 
journey yg pelik bagi aku.
happy, teruje, sayu..
terima kasih yang tersayang lagi tercinta, 
mak abah :)

ALHAMDULILLAH
terima kasih Ya Allah..

Sunday, March 13, 2011

Dia

demi Mu ya Allah,
kan berjanji tuk jauh dari perkara itu,
semakin jauh dengan ketenangan hidup, kerana mencari perkara itu,
tiada makna di mata tuhan,
tak nak ya Allah,
banyak nikmat lain terkabur kerana mencari perkara itu,
jadikan hati yang redha ya Allah,
cukuplah bagi Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan segala urusan,
bawalah hati ini pergi dekat dengan Mu ya Allah.
(amin ya Rabb, ya Allah)

::::: jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita :::::

Tuesday, March 01, 2011

ibu

bersinar kau bagai cahaya
yang selalu beriku penerangan
selembut sutra kasihmu 'kan 
selalu ku rasa dalam suka dan duka

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu

bagaikan embun kau sejukkan
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti

kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagaikan matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu

kaulah ibuku cinta kasihku
pengorbananmu sungguh sangat berarti


ibu, ibu, ibu ... 
sayang ku yang teramat untukmu, cintaku yang terdalam di hatiku

Wednesday, February 09, 2011

kurangkah hati

bagaikan kotak kosong
hiasan hanya luaran
dalam itu milik kau
pilihlah
apa yang kau mahu isi
keinginan kau atau keinginan mereka
caturan terus bermain
hidup
tiada salah antara itu
tidak jelaskah mana yang penting
jangan di isi kotak tanpa hati
jangan di biar hati tanpa kotak

saya, aku, awak, engkau, die, mereke.
aku xtau nape perlu aku tulis ayat2 kat atas tu. tetibe je nak menulis bait2 hati yang aku ungkap begitu. aku menunggu hari (26march2011). harap tuhan permudahkan jalan aku ke situ. aku nak satu hati abadi. mak, abah, wani, umai, bakhtia, idot, adik, hasif.. kasih sayang n cinte yg tak mungkin terhenti.

kurangkah hati kau kila? ~tidak..tetap lagi begitu :)

Friday, January 28, 2011

akhir


kalau ia mampu meleraikan, Alhamdulillah.
Aku mohon pada-Mu, Tuhan.


bagi aku hidup aku diri aku.
bagi kau hidup kau diri kau.
kita memang akan terus salah dan menyalahkan.
sampai aku terfikir, adakah sakit hati ini dinilai tuhan.
kalau 'ye', memang aku kalah dugaan.

aku tak nak mencari kesilapan lagi. cukup.
aku yakin kita ada baik dan buruk sendiri.

Maaf.

Syahkilla

Monday, October 04, 2010

Rapuh


detik waktu terus berjalan perhias gelap dan terang.

suka dan duka, tangis dan tawa tergores bagai lukisan.

seribu mimpi berjuta sepi hadir bagai teman sejati.

di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata.

ku persembahkan kepada-Mu yang terindah dalam hidupku.

meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Mu.

namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu.

maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu.

dalam dada ku harap hanya diri-Mu yang bertahta.

(OPICK)


hidup dalam kehidupan. aku harus menyedari kekhilafan dan kealpaan diri. kata-kata hati selalu hanya menyeksekan dan lari dari kepentingan hidup sebenar. namun hati juge yang mengubah laluan jalanan diri. keinsafan dan kesedaran seseorang hamba sangat mengajar kehidupan yang lain bagi siape yang melihat dan mendengar dengan baik.

p/s: dengarlah lagu ini :)

Friday, September 03, 2010

ketulusan hati

Ketulusan Hati - Marshanda

sedihku sakitku ku terima
ku rela ku pasrah jalanku
ini suratan aku di coba
demi rahmat Mu ku memohon

Ya Allah redhoi ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
demi rahmatMu ya Allah

di dunia yang sarat godaan
ku mohon dosaku ampunkan
ingin bahagia dunia akhirat
turunkan rahmatku untukku

..........................................................................................

aku sayang 4lelaki dan 3wanita didalam hidupku..

sayang yang aku fikir xtercurahkan kerana tiada istilah yang boleh diungkap. ye, betul kate die(amy), aku perlukan seseorang menjadi tutur yang mengeluarkan isi di benak hati. dan itu menyadarkan kembali hati yang leka.

kamu2 mesti suke lagu marshanda (lirik kt atas) ni kan? ye, aku sangat suke juge. tapi ade yang tertinggal bile teringat manusie lain yang sentiase di sisi. jalanan hidup sendiri yang sentiase di gadai dan diperbetulkan, tapi, sayangkah kite kepada saudare2 kite seperti kite menyayangi diri ini sendiri?

akhirnya, cinta Rasulullah tetap teragung tak pernah termakan dek zaman dan berzaman.

aku sayang kau, jika ini benar
Ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMU
menapak menjalani mase terus menuju jalanMU
sakit yg tertanggungnya menjadi manisan tinggalannya

aku sayang kau, jika ini benar
Ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMu
menapak di tebing usie menyusur jalanMu
lelah selamanya menjadi pimpinan tinggalannya

aku sayang kau, jika ini benar
Ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMu
berjalan terus berlari di jalananMu
tatkala hidup terdamping pemimpin hati bersama

aku sayang kau, jika ini benar
Ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMu
gembira mendaki tinggian akhir ujianMu
sebutir permata penyeri menjadi hiasan jiwanya

aku sayang kau, jika ini benar
Ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMu
menemui kehebatan jalan di jalanMu
mendampingi insan membina kehidupan suci

aku sayang kau, jika ini benar
ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMu
memahami indahnya hidup denganMu
menguraikan susunan keindahan yang sempurna

aku sayang kau, jika ini benar
Ya Allah, aku ingin die menjadi insan pilihanMu
kuat menjalani ranjauan hidup menujuMu
bahagie die atas redhaMu walau akhir sesaat lagi

aku sayang pada mereka. Ya Allah, jika itu benar untuknya..

untuk mereka yang aku sayang. mungkin kau xkan memahami, tapi, jika itu benar anggapan ku, mohonku itu untuk engkau. dan hanya kembali kepada Allah, jika itu benar. hanya die yang Maha Mengetauhi.. Ya Tuhan ya Rabbul Izzati ..amin ya Rabbalalamin..

p/s: assalamualaikum people,
panjang entry aku ni.
tapi hakikatnya lebih panjang dari ini..
trime kasih atas laluan awak :)

untuk amy: thanks mendengar n mewujudkan jiwa untuk entry ni.. Haa Haa Haa..

25 Ramadhan 1431H

Tuesday, August 10, 2010

malam 1 Ramadhan

Assalamualaikum people !


SELAMAT BERPUASA

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

God's Will.... :)

Wednesday, August 04, 2010

amiin ya Allah











good morning !
U know what? im happy :)
jom doa .. (^_^)


sungguh aku berlingdung dengan Allah dari syaitan yang terkutuk
dengan menyebut nama Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang
segala puji hanya untukMu
selawat dan salam untuk baginda Rasulullah s.a.w
keluarga serta sahabat2 baginda

ya Allah ya tuhan kami
berikanlah kami berkahMU, rahmatMu dan redhaMu
hingga kami tidak menginginkan penundaan apa yang Engkau segerakan,
dan penyegeraan apa yang Engkau tundakan
ya Allah sungguh Engkau yang Maha mengetauhi
segala yang di langit dan di bumi dan di antara keduanya

ya Rabbi jadikanlah kami orang2 yang bergune
jadikan kami orang yang benar, sabar dan sentiasa bersyukur hanya padaMu
ya Allah berikanlah kami petunjukMu
bukalah hati ini menuju jalan redhaMu
pimpinilah lembah hidup kami dengan pimpinanMu ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang dengannya kami tidak akan pernah sesat

ya Allah bukakanlah pintu rezki untuk kami
sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan segala sesuatu
ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
jangan Engkau biarkan kami lalai mengejar dunia yang meluluhkan jiwa
suburkan hati dan kudrat dengan sentiase mencari jalan redhaMu ya Allah

ya Allah jadikan kami mencintai apa yang Engkau cinta
menyukai apa yang Engkau suka
kerana sesungguhnya apa yang kami suka tidak semestinya baik untuk kami
hanya Engkau ya Allah yang mengetauhi
Engkaulah yang mengetauhi apa yang dizahirkan dan yang tidak dizahirkan
apa yang dihadapan dan di sebaliknya

sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMu
namun tidak aku sanggup merasai azab nerakaMu
ampunkan dosa-dosa dan terimalah taubatku
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

ya Allah ampuni dosa kami dan dosa kedua orang tua kami
kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kami sewaktu kecil

ya Tuhan
berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
jauhkanlah kami dari siksa azab api nerakaMu

selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w
ya Allah pemilik sekian alam yang maha berkuasa
yang maha pengasih lagi maha penyayang
segala puji-pujian hanya untukMu ya Allah

Amiin ya Rabbalalamin~

sungguh setiap yang hidup akan mati, kembali kpd Allah yang maha Esa
aku hanya manusia yang lemah dan penuh dengan noda dan dosa
p/s: jadi orang yang baik2 ye awak :)

Tuesday, July 27, 2010

Allah


"In every tear, He is there"

jiwa

jangan pernah putus asa
rahmat Allah itu teramat tersangat luas
tiada yang cacat dalam ciptaan-Nya
....indah....

be good, be strong
find the true love
....kasih....
Allah dan Rasulullah

jaga diri baik-baik
jadi orang yang baik
....

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
jadikanlah kami orang yang benar, sabar, dan sentiasa bersyukur hanya pada-Mu
segala puji-pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam
....amin....

terima kasih wahai teman :)

Tuesday, July 06, 2010

Bila saye nak cantik? sigh -.-"

BERAS+KUNYIT=KOSMETIK HEBAT!
-ciptaan ibunda di kampung .. wee wee**** :)-

how's life??? macam2 ade. salah satu yg menghantui hidup aku adelah timbul gunung berapi Mahameru dari indonesia..hahaha (ngeri kan awak... sigh**** hurmmmmm) cubelah bayangkan bagaimane perasaan bumi bile gunung nak meletus. huuuu~ dashat2..bahaye untuk kesihatan. begitulah agaknye muke bumi aku bile gunung jerawatoo dr Bandung mule rajin hidup subur dan active setiap hari..hahaha (T_T) senyum dlm derite****

beginilah rupe gunung Mahameru, Indonesia.. u all just apply or copy paste letak kt muke korang ye.. **** kerane diriku begitu berharge :)

saat2 tragis yg aku lalui ni msh ditemani ibu tercinte. die risau kalau2 gunung2 yg active tu akan bertambah..hahaha mak pon mule la bising2, dan berkate "kila, jgn la pakai ape2 pencuci yg xgune tu, buang duit je..ko x takut ke lau mkin teruk. boypren kau lari la jawabnye.." aku mndenga khusyuk dan hati ku berbisik, "mak ni, kila ade plak boypren..huh!***sigh" hahaha...mengapekah harus ini yg terjadi(emo2.. :P)

setelah dr.ibunda che emak al-mami berfikir dan sibuk tanye2 kawan2 die psl jerawat segale. akhirnye die come out satu formule: beras+kunyit..blend secukup rase.. tambah lah ape2 yg awak nak..kalau berani..ngeeee~ :) Dr.emak punye xcited kalau2 die nye formule ni wt muke anak die jd baby face back to future n ever.huahuahua... amin~ emak the best! :)

hurmmm...yg xbest ni gambanye aku xupload lagi...my housemate yg jadi model sebelum n selepas..by d wy, lau berjaye di pasaran..muke i la yg use to be terpampang jd model ye! hehe.. weeee**** tQ semue!

::time kaceh yg sudi bace :) semoge kasih Allah bersame kite .. (^_^) ::

Saturday, April 24, 2010

andai takdir terungkai...


rumah yang penuh dengan hari-hari gembira dengan lahirnya si bucuk didit. seorang budak lelaki yang melalui detik pertama hidup bersama ayah yang menanti dari khabar wujudnya dia. apalah akan terjadi seterusnya... tiada ingin mengatakan siapa salah dan betulnya, hanya memikirkan hidup seorang insan di bumi yang memerlukan kasih sayang yang tulus abadi dari mana datangnya dia. Omma..atok.. sayang kamu dengan ikhlasnya hati, apatah lagi abah kamu..sayang kamu sepenuh hati.

tempat manakah untuk kamu???
tiada jawapan pasti kerana semua tahu dia umpama kain putih yang perlu di warna-warnikan dengan sempurna dari kasih hati. tiada siapa di sini tidak memikirkan kamu...

mungkin hati si kecil itu merasa apa yang kita si besar tahu. mungkin tangisan tidur adalah tangisan di mimpi yang di beri lantaran hidup di alam nyata ini. yang melihat tertanya dan memikirkan apa yang bakal terjadi. janganlah begini, janganlah begitu. tapi harus menerima semua takdir indah susunan Illahi nanti.

setiap doa yang tersebut juga serpihan takdir yang Maha Tahu. pengharapan kami hanya pada-Nya. kasih sayang yang ada untuk si kecik bukan untuk kepentingan diri. segalanya kerana rintihan hati yang terjadi ekoran manusia yang tidak mahu memahami dan tidak memberi dan berkongsi apa yang harus, apatah lagi melaksanakan apa yang dipertanggungjawap olehnya.

sanggup hati seorang ayah untuk kamu...
mesti sayu bile kamu mengerti nanti...
siapa diri kamu hanya abah yang tahu...
tangis kamu berjumpa benar di mimpi agaknya...

takdir tak pernah terungkai sebelum ia terjadi. doa terlafaz bagi menyejuk hati dan pintaan hamba pada yang Satu... tapi ia kembali bertanya dan berserah pada yang Maha Tahu. ini yang kami pinta..berilah jakan, mudahkanlah jalan... di hati dalam jua berkata, "namun Kau yang Maha Tahu di mana dan apa jalan yang terbaik untuk segala ini.."

OMMA, "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau yang Maha Besar, yang Maha Agung... lindungilah kami.. peliharalah kami... Ya Allah, aku mahu ikut abah ku... omma ku... atok ku..." amin