Wednesday, April 28, 2010

thank you...

"every night and every day...never forget to say lailahaillallah"

terima kasih ya Allah... pagi-pagi ini teringat setiap orang yang muncul dalam hidup aku. keluarga yang sangat aku sayang, dan sahabat-sahabat yang sangat memberi makna dalam hidup ini. terasa semuanya indah dengan senyuman bersama orang yang ditentukan Allah dalam hidup ini.

"selama ini ku mencari-cari, teman yang sejati buat menemani perjuangan suci..."

sebuah lagu yang boleh buat aku tersenyum gembira. perasaan yang datang dari kisah yang aku lalui dengan manusia yang bergelar teman. mungkin tiada perjuangan, tapi aku ibarat hidup memang satu perjuangan. mungkin waktu kecik-kecik semua ni tak terasa, tapi bila besar ni rasa sangat manusia di sekeliling ni penting.

sayang kau semua...
banyak sangat nama kalau nak di tulis kat sini. tapi semua ada dalam hati =)
terima kasih semua...
terima kasih ya Allah...

Tuesday, April 27, 2010

gembira tak???

jangan kau abaikan hati yang gembira,
kerana ia tak boleh di tukar ganti dengan ketawa, biar wajah tak sempat nak mengungkap, tapi hati tenang sentiasa.

jangan kau pernah abaikan gembira,
kerana itu semua bahagia yang katanya sejenak, tapi siapa yang tak mahu walau sejenak bahagia.

jangan kau biar rasa gembira,
kerana itu nikmat yang tak terkira, biar katanya bahagia boleh di cipta, tapi tak mungkin ada tanpa anugerah yang Esa.

jangan kau cuba nafi gembira,
kerana itu menikam jiwa, siapa yang rasa kalau bukan diri yang akan merana.

jangan kau mainkan gembira,
kerana ia boleh pergi tanpa kata, sampai nanti dia bukan bahagia.

jangan kau kata tiada gembira,
kerana hati ini ada pedomannya, hanya kita tak mampu mengungkapnya, bila tiada baru lah terasa.

kau carilah gembira, nikmat Allah yang Maha Esa....

Sunday, April 25, 2010

rasa

gembiranya saya.
sakitnya hati.
suramnya jiwa.
sayunya diri.

hidup ini.
laluan itu.
jalan ini.
takdir itu.

sayang dia.
cinta dia.
suka dia.
kasih dia.

benci dia.
menyampah dia.
lupakan dia.
biarkan dia.

tunggu saya.
lepas saya.
lupa saya.
doa saya.

sekolah saya kat rumah

"bangun, pergi sekolah" kata-kata yang setiap hari aku dengar tapi aku tak pernah rasa nak pergi sekolah. "huhuhu...nak menangis la" selalu yang ada dalam hati aku. hati langsung tak ada untuk pergi sekolah. tapi pagi hari mesti aku bangun dan terus mandi tapi dengan pergerakan yang sangat perlahan, macam siput. nanti baju aku pun menunggu untuk dipakai aku. "huhuhu...tak nak sekolah..." mulalah aku menangis sedikit. "pergi sekolah .." ayat ini tak pernah tak ada setiap pagi. aku pun berjalan, berjalan perlahan dan terus perlahan. aku nak jam berjalan laju dan menunjukkan pkul 7.40pagi, supaya aku tak yah pergi sekolah. tapi perlahan aku jalan sama lah perlahan jam berjalan. "huuhuuhuu..." aku pun nangis. tak nak sekolah, tak nak! tapi aku mesti terpaksa pergi juga, sebab kene marah..hahaha. begitulah setiap pagi untuk orang tak nak sekolah... aku (=...

siapakah aku

mungkin yang diberi dihadapan xterlihat yang dibelakang. siapa aku pada pandangan manusia lain. mereka akan menilai ikut suka hatinya lah. kadang-kadang tak patut atau tak boleh pon di nilai tapi manusia memang tetap akan memandang. aku bukan seperti itu. aku yang kata begitu. bila aku jelaskan hilanglah nilaian tu. sebab aku awak nilai sebab tak menjelaskan...

memang kita tak sama...
menilai lah, aku pon memang bercita-cita nak jadi penilai(valuer)...
tapi tak nak la menilai manusia, tak berbaloi...