tak salah kau memuja muji manusia itu jika itu inginmu
akan di renung kejian dan pujian manusia itu
harap ia tidak mendatangkan apa-apa untuk manusia itu
kerana semua manusia itu bergelar hamba
mungkin jalanan dan ujian atau boleh jadi itu pemberian
tiada manusia itu yang di tinggal tanpa di uji
tiada manusia itu yang menang atau kalah sesama sendiri
jawaban hanya di tangan Tuhan untuk manusia itu
manusia ini hina di mata manusia ini sendiri
manusia ini tahu dosa yang diperlakui
manusia ini akur kalah nafsu keinginan duniawi
manusia ini tetap harap pada pencipta hakiki
manusia ini sedar pada Mu jua tempat kembali