Sunday, May 09, 2010

dalam telapak hati kau dan aku


dalam telapak hati kau

kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.

dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.

sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?

Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?

Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".

(zahiril adzim)

aku baca banyak kali apa yang dia tulis ni. bukan susah nak faham tapi susah nak mengerti.. sebab tu aku ambik jadikan khazanah kat blog aku ni. (aku da mintak izin der..hehe..dia kate "boleh!"..gembira aku..ngee =))

kadang-kadang hati memang sungguh gembira tanpa tujuan dan hakikat.

baru tadi aku gembira bukan main gila...kerana artis, memang tak boleh blah, tapi apa salahnya dari memikirkan manusia yang menyakitkan hati kita, lebih baik sukakan artis yang tidak buat kita terasa. dia juga manusia bukan chicken. hahahaha.. kalau hari ini aku pilih zahiril adzim mungkin esok boleh jadi aku suka shein@adam. senangnya hati aku suka-suka hati pilih memilih. ngeeee =)

aku dah habis periksa semester 2. banyaknya laluan payah semester ini. tak payah di kenang tapi jadi pedoman dan pengajaran. aku malas sekolah la awak. bukan calang-calang malas aku, tapi malas bodoh buat apa nak di ikutkan, ye tidak? aku terus belajar dan belajar.

cerita balik pasal zahiril adzim. cerita sang bidadari impian. "bukan semua bidadari menjanjikan kebahagiaan. bidadari yang kita fikirkan, lain-lain",katanya. aku nak faham tapi tak faham. dia harap seseorang agaknya. kau carilah bidadari itu ya zahiril, yang baik hati yang sayang kamu. semua orang harap sama sahaja. dan aku mengharap putera raja impian dan juga aku menunggu. hahaha, semua mahkluk bercinta kerana hati ada. biasalah, itu lumrah...

aku tulis tajuk yang di adaptasi dari tajuk puisi dia. aku tambah "..dan aku" sebab aku mengandaikan segalanya sama bagi semua. kau ada cinta, aku ada juga. kau derita, aku juga. cuma watak bukan kita yang reka, ia susunan Illahi. kalau kau cintakan aku, aku tidak cintakan , tapi yang pasti aku cintakan seseorang yang lain.

"singgahsana yang berbeza tapi dari batu yang sama untuk membinanya."


No comments: