Saturday, February 19, 2011

indahnya jika


kisah hidup jalanan yang panjang.

manusia melalui rentetan hidup yang tak pernah di ketauhi dengan pasti.

aku mencari sesuatu.

memang hidup penuh keinginan tapi tak semua keinginan akan tercapai.

tak semua yang tercapai tu mampu buat kita gembira.

tak semua yang tak tercapai itu akan buat kita berduka.

antara apa yang berlaku menentukan keinginan hati yang paling dalam.

yang mana satu mampu buat kita gembira atau sedih kerananya?

itulah keinginan hati yang tak dapat di ungkap.

hati yang rapuh. jiwa yang hilang pedoman. nurani yang tak pernah mendidik.

hilang arah kerana keinginan hati.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku memiliki hati yang teguh mengingati Allah.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku menembusi hati yang suci mencintai yang wajib di cintai.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku mengisi hati dengan pedoman yang kukuh kerana-Mu,Allah.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku melembutkan hati keras yang menusuk kalbu di jiwa.


alangkah indahnya hidup ini,

andai dapat ku membujuk hati menyembuhkan sakit di dada.

4 comments:

Gimi said...

Wah..makin cantik blog ni

syahkilla said...

eh..hengat cmment entry ni..haha.. cmment blog lak..

Gimi said...

Kuatkan hati ya cik kila...

Setiap dugaan ada sebabnya, setiap kegembiraan juga ada sebabnya..

Ye la, mana ada orang gembira tanpa sebab kan?

Saya baru bererobik ni..

syahkilla said...

huhu.. begitulah hidup..
maceh ;)