Sunday, January 22, 2012

kesempatan itu

hari yang buat aku mengimbau perjalanan hidup yang masih singkat ini. aku di kira masih belum layak mengakui apa ini kehidupan. tapi andai kata umur ini hanya tinggal esok hari. adakah dinihari aku masih tak mampu menilai kehidupan benar dan yang hakiki. mestilah setiap insan mampu pada bila dia berakal dan waras walau siapa pun insan tersebut dan masa waktu itulah dia menjadi dia bersama apa yang digendongnya. betulkah? hmmmm...

aku mengakui siapa diriku dihadapan manusia. tetapi sebaiknya aku mengakui siapa aku untuk diri ini sahaja. aku terlepas, tersandang berkata semua pun sudah berlalu. perbaikilah... cuba tebak jika aku tidak melalui apa yang aku pandang remeh selama ini. siapakah aku? lagi kurang sandangan hidup mungkin. aku mengerti sedikit benar kehidupan yang mengapa ia begitu. tapi aku kalah berjalan lurus menggapainya. hmmmm... resah hati.

"..sebahagian besar hayat kau, telah kau kecapi nikmat itu.."

"..pada hari ini kita dapati barapa banyak kesudahan yang telah kita rentasi. dan kita pun telah melupai sebahagian besar dari doa yang kita sebut.."

aku terkesima dengan kata-kata. sesungguhnya rahmat tuhan teramat luas terlepas dek pandangan manusia yang khilaf ini. aku terus berjalan dinihari terus keakhiran hayat kehidupan untuk aku. aku mengharap redhaMu ya Allah tuhan pemilik sekalian alam dan di antaranya.

adakah ada kesempatan itu bagiku? ya Allah. hanya Kau yang Maha Mengetahui =')

No comments: