Tuesday, April 27, 2010

gembira tak???

jangan kau abaikan hati yang gembira,
kerana ia tak boleh di tukar ganti dengan ketawa, biar wajah tak sempat nak mengungkap, tapi hati tenang sentiasa.

jangan kau pernah abaikan gembira,
kerana itu semua bahagia yang katanya sejenak, tapi siapa yang tak mahu walau sejenak bahagia.

jangan kau biar rasa gembira,
kerana itu nikmat yang tak terkira, biar katanya bahagia boleh di cipta, tapi tak mungkin ada tanpa anugerah yang Esa.

jangan kau cuba nafi gembira,
kerana itu menikam jiwa, siapa yang rasa kalau bukan diri yang akan merana.

jangan kau mainkan gembira,
kerana ia boleh pergi tanpa kata, sampai nanti dia bukan bahagia.

jangan kau kata tiada gembira,
kerana hati ini ada pedomannya, hanya kita tak mampu mengungkapnya, bila tiada baru lah terasa.

kau carilah gembira, nikmat Allah yang Maha Esa....

No comments: