Saturday, April 24, 2010

kalau itu yang di kata pilihan

jika kau masih...

Hidup ini penuh dengan pilihan, pilih yang mana baik atau yang mana buruk.

"kalau kau sudah tidak mahu memilih, aku lah orang yang kau pilih. Kalau di hati ingin lagi memilih, kita tak payahlah ada apa-apa".

dalam keadaan aku yang tak tahu apa yang harus dipilih, kata-kata inilah yang aku ucapkan. kerana ia juga datangnya dari hati. inilah pilihan aku. memilih untuk menerima apa yang orang lain pilih.

Aku bukan tak sedar apa yang aku buat. Kau yang menjawab mungkin lagi sedar dari aku. tapi kenapa kau seperti tiada pilihan.

Dan sekarang kau memilih apa yang mahu.

Mengapa apa yang di buat, di lafaz, di zahir itu tak sama dengan apa yang akhirnya di pilih?
adakah kerana hak hati yang tidak memikirkan hati yang lain?

Kau yang bertanya dan mencipta sebuah pilihan, tapi kau yang memberi jawapan. Atau senangnya, kau lah yang membuat pilihan.

Semua orang berhak memilih, tapi tak semestinya kita layak memikirkan hak sampai kita langsung tak peduli kehidupan sebenar dan mementingkan diri.

Kita yang mahukan sesuatu yang akan dicari di abadi tak perlulah keliru dengan apa yang di cari.

Kau berubah dan tidak pernah kata yang kau berubah. Pilihan kau adalah dengan diri kau semata mata.

Sememangnya pilihan itu kabur semata, kerana hanya Maha mengerti yang jelas dengan apa yang tersirat di segala detik nan jauh di dunia ini.

Hidup bukan sekadar untuk mati dan terhenti. Kita adalah apa yang kita pilih.

No comments: